Monday, May 13, 2013

Penjagaan Gigi yang sempurna


GIGI CANTIK SERLAH SENYUMAN MENAWAN
Gigi yang cantik sebenarnya memberi keyakinan kepada orang yang menjaganya dengan cara yang betul. Penjagaan gigi dilihat penting kerana ia merupakan aset yang sangat bernilai. Disebabkan itu, kadang-kadang ada orang sanggup letak gigi besi untuk nampak kelihatan teratur dan kemas.
TERDAPAT BANYAK BAKTERIA BERSARANG DI DALAM MULUT
Bagi yang tidak mengetahui, di dalam mulut ada ratusan juta bakteria malah ada laporan mengatakan dalam setiap miligram plak gigi mengandungi 1,011 bakteria. Tetapi tidak semua bakteria tersebut jaha( membahayakan) kerana sebahagian besarnya memang diperlukan untuk membantu percernaan makanan.
Sebab itulah penjagaan gigi amat penting bukan sahaja untuk kesihatan yang baik tetapi memberi keyakinan diri yang tinggi untuk berkomunikasi dengan orang lain. Penjagaan gusi dan gigi perlu bermula sebaik sahaja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka agar sentiasa sihat dan tetap cantik apabila sudah dewasa kelak.
Ada orang sanggup berbelanja beribu ringgit untuk membaik pulih gigi agar kelihatan cantik.

CARA BERUS GIGI YANG BETUL
Ok disini ada contoh memberus gigi yang betul yang boleh di jadikan rujukan rakan- rakan sekalian :)


P/S : Nak elakkan dari dapat gigi seperti di bawah ni, rajin lah jaga gigi kita ye :)


No comments:

Post a Comment

COMMENT says: