Showing posts with label minum petang. Show all posts
Showing posts with label minum petang. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Tutorial 2 : Kueh Teow Goreng

A.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M



Untuk kali ini, aku akan mengupdate resepi kueh teow goreng, sebenarnya aku ingat nak masak kueh teow ladna tapi adik aku yang sorang tu tak makan plak, terpaksa postpone dulu, hehehe. Ok adik2 aku ni tak makan sayur dan taugeh, so kalau aku yang masak, aku layan jela karenah adik2. Tapi kalau mak, dia masukkan je.padan muke adik2 aku. Lagi satu aku tukar kan kerang kepada ayam kerana adik2 aku xmakan.. aku suka kerang! 


bahan - bahan :
1  paket kueh teow (dibasuh dan ditoskan)
4 sudu cili kisar
5 biji bawang merah (ditumbuk)
2 biji bawang putih   (ditumbuk)
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
5 sudu kicap manis
1 biji telur (dipukul sikit)
1/2 paket berbola (Aku belah 3 untuk 1 biji tu)
1 batang fish kat  (dihiris nipis)
  isi ayam  (dipotong kecil2)
10 ekor udang 
  daun kucai (dipotong 1 @ 2 cm)
1 cili merah (dihiris menyerong) 

1 cili hijau  (dihiris menyerong)





cara-caranya :

1.Masukkan minyak dan tumis cili kisar bersama bahan yang ditumbuk. Setelah naik bau dan garing bawangnya masukkan pula ayam dan udang.


2. Ayam dan udang dah masak, masukkan pula bebola, fishkat, kicap manis, sos tiram dan sos cili. sebatikan bahan - bahan tersebut.

3.Kemudian masukkan telur, biarkan sehingga ia mengeras sekejap dan kemudian kacau laju dan selepas tu masukkan kueh teow dan gaul sebati.

4.Masukkan daun kucai dan selepas siap hidangkan bersama cili merah dan cili hijau di atas kuehteow.


nyum :)



Tutorial 1: Lempeng Moden

A.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M

 ok hari ini saya akan mulakan tutorial pertama iaitu lempeng! haha semua orang kata lempeng ni paling mudah nak buat, tapi kalau kita tak tahu buat macamana nak senang.takpe! AD akan tolong awak. Ok lempeng asal hanya tepung gandum,garam dan air je, kalau kampung punye lagi best guna kelapa muda.

untuk lempeng moden ni kenapa die moden?haha sebab tambah telur je..wee :D
alang - alang ada lebih sambal ikan bilis mak ni, boleh la buat lempeng moden ni. Tanpa belengah lagi jom tengok:


bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
4 cawan air
1 biji telur ayam
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar garam halus

cara-caranya: 
1. Tepung gandum dicampurkan dengan gula dan garam.
2. Kemudian, campurkan air sikit demi sedikit sehingga tepung sebati.
3. Masukkan telur ayam dan gaulkan sehingga ia sebati ke atas semua bahan seperti gambar             di bawah.






4.pastu, panaskan minyak kat kuali xlekat minyak.AD xde guna kuali kecik je.  masukan sesenduk bancuhan tepung dan ratakan secara membulat. 



lempeng ini sedap dimakan dengan sambal ikan bilis, kuah kari dan susu. lempeng ini cantik terbentuk sebab pengunaan telur. hah kalau nak bagi mak mertua boleh la buat kompem cantik.mak mertua puji :d