Thursday, August 4, 2016

BILA ALLAH MENJANJIKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK

A.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M

sudah lama rasanya  tidak menaip di sini, entri terakhir dulu mengenai hubungan aku dan mr k yang sudah mencapai kehujungan /tidak kesampaian. Tapi itu kisah lama, aku pun dah maafkan dia dan kami berhubung atas dasar kawan even dia masih merasakan perasaan itu lagi. tapi setelah menyedari aku kini menjadi tunangan orang dia mula mengundur diri.

oh ya, setelah kami tiada apa lagi , datang seorang sahabat lama yang aku kenal memperkenalkan kawan sekampungnya kepada aku, tapi  aku yang kena menghubungi / gurat lelaki itu dengan alasan kawan dia tu tak reti nak berkawan dengan perempuan. oh memang mulanya aku berkeras.kawan aku tetap memujuk. tidak bagi aku, oh malu untuk memulakan hubungan dulu. aihhhhh

tapi bila aku fikirkan semula, dari aku duk teringat dekat ex aku, try la sekali. aku try buat sms kat mamat tu.. acah2 aku salah mesej ke org lain, butttt no respon... huwaaa malu gila aku. kawan aku ni duk menyibuk tanya2, sekali aku cakap malas aku layan ikut idea dia buat salah mesej langsung xjalan. so aku cakap aku give up!!!

tapi aku tak faham gan member aku ni, dia gigih juga pujuk aku, cakap lelaki ni baik la, rajin pi surau la semua pasal baik2 la. aku pun mesej sekali lagi straight to the point nak kenal. terus mamat tu call. memang xlah aku nak angkat.hahaha

maka selepas itu kami berkawan dan berjumpa, tiada rasa aku nak ke mamat ni rupanya kawan aku ni manyak menipu, umur salah, perangai pelik je mamat ni. 
tapi mungkin jodoh, kami berkawan, bercinta sehingga bertunang.. dan inshallah bakal mendirikan rumah tangga .

buat masa ini, aku harap dia yang terakhir :) 

kesedihan yang lalu, ALLAH hadiahkan sesuatu. Moga ini yang terakhir :)

Tuesday, April 15, 2014

Jodoh itu Rahsia ALLAH

A.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M

lama rasanya tak meluahkan kata hati, setelah sekian lama mencari kemana arah sebenar, aku kembali menulis rasa hati saat ini.

Tahun 2014 dan 2015 banyak majlis perkahwinan dari teman-teman. Aku? bukan menolak perkahwinan, tapi semakin serik. 3 tahun lebih menjalinkan rasa kasih namun tidak juga mampu mendirikan Masjid seperti angan- angan. Hubungan kami putus di tengah jalan. Aku tidak meletakkan salah pada si lelaki, mungkin aku sendiri ada kesilapan tersendiri, Mungkin ALLAH punya rancangan yang terbaik untuk diri kami. Bila ada yang bertanya, senyum di ukir, tapi hati?? 

Salah aku manusia yang alpa dengan keindahan dunia, melupakan maha pencipta di saat indah, Kini tersungkur baru aku mencari, mungkin ini hidayah dariNya. Insha ALLAH, sedikit demi sedikit aku mencuba mengamalkan gaya hidup ISLAM yang sebenar-benarnya. Diharapkan aku mampu menjadi umat pilihanNya.

Kadang-kadang rasa bila nak sampai jodoh, Aku ingin punya keluarga, mampukah aku menjadi Isteri Solehah, Mampukah menjadi ibu yang mendidik anak - anak penuh sabar. Mungkin masih belum layak, sehingga aku terbaca sebuah blog yang banyak membuatkan aku tersedar, untuk apa dikejar Jodoh, Ia pasti ketemu. Insha ALLAH. klik disini ,

nak ambik sikit ayat tu ye , 


SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...
SELAMA mana kita bertahan bersamanya...

Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya .... kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. 


ok, ikhtibar yang baik :)

Wednesday, December 4, 2013

RINDU ZAMAN M.I.C.E

A.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M

"Aku rindu, Sayang kamu"
harini tetiba je teringat zaman -zaman di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) 2009 - 2011.
selepas tengok blog senior lama mengenai M.I.C.E.tourism itu seronok. blog ni memang tak update lagi la sebab MICE tu waktu semester 3. teringat zaman politeknik dulu. waktu MICE aku rasa sangat mencabar la. dengan tenaga 10 orang , kami menganjurkan 2 event kecil dan 1 event besar. nampak memang sukar, tapi dengan sokongan pensyarah kami, En.Ismail. berjaya jugak. lecturer aku yang sorang ni garang dan sangat menakutkan, tapi itu andaian aku pada awal perkenalan, ternyata bila kenal dan sering berkerjasama beliau boleh menerima pendapat dan boleh dibawa bergurau. yang paling best lepak 1 kelas dekat kedai taman muhibah tu. bila la akan lepak lagi?hihihi. masa MICE waktu tidur tu tak cukup, kepala duk mikir je sampai ke mimpi. migrain jangan cakap la selalu kena. tapi bila berjaya tu kita rasa semua usaha 10 orang tu berbaloi even kita ada bergadoh sesama sendiri, tapi tidaklah simpan dalam hati hingga kini, semua tu kenangan. kenangan di pengkalan balak pun best jugak, mase tu aku bukan main lagi, hilang segala stress kami selama mana masa tu berlangsung. banyak kenangan bersama pensyarah dan kawan - kawan. serius aku rindu zaman itu :) 

Tuesday, December 3, 2013

Kasih Ibu & Ayah sampai ke syurga

A.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M

dah lama rasanya tak menaip di blog ini, mungkin banyak yang nak ditulis akan tetapi ayat tak reti nak bina. cukuplah sekadar berkongsi yang aku kini berkerja di putrajaya sebagai pekerja sambilan harian di presint 2, so aku travel dengan mak hari -hari.

semakin aku menginjak dewasa dan kini berumur 23 tahun, aku makin menghargai apa sahaja disekeliling. mula prihatin tanggungjawab ke atas diri sendiri dan ibu bapa. ya, sekarang bila tengok mak ayah rasa hiba, sedih dan tetiba je nak menangis.masih ingat lagi dimana lepas PMR semua kawan2 kita akan berpindah masa form 4, ada yang masuk sekolah teknikal dan kalau result paras hidung macam aku ni boleh la ke sekolah vakisional, masa tu yang penting nak duduk jauh dari mak, nak jauh dari kena kemas rumah (pemalas ni) kena membebel dengan mak yang penting tak nak duduk rumah, tapi awal - awal mak dah warning aku kalau aku dapat, mak takkan bagi aku masuk sekolah sana, ye lah mase tu aku ni anak dara sulung(bukan anak sulung) masa tu umur 16, so adik lagi 3 orang umur dalam 12, 7 & 4 tahun. masa tu hati memberontak sebab darjah 6 pun dah cakap mcm tu, ni form 4 pun tak dapat lagi pergi, tapi hati nekad nak jugak pergi sampai la satu hari abang yang ke dua cakap " ala takpayah la tukar sekolah duduk je la rumah ni, mak tak kasi tu" dan aku pun cakap " ah aku tak kira nak pergi jugak" lalu masuk bilik dan berjuraian air mata, abang aku yang ni pun pujuk sebab die kesian kat mak aku la masa tu. tapi aku berterima kasih jugak dekat ALLAH, kerana mak tak restu aku pun tak dapat masuk ke sekolah vakasional even dah buat rayuan. so aku pun redha. habis form 5 aku pun dalam umur 19 macam tu sambung belajar di PMM, Melaka. Masa tu orientasi 1 minggu so weekend lepas mak n ayah tinggalkan aku tu, aku tak dapat balik, asal solat je menangis nak balik, nak telefon malu kang roomate tu dengar. tapi satu malam tu dapat balik bilik sekejap. telepon mak terus cakap nak balik, melalak bukan main, ade macam budak hilang mak kat pasaraya. abg aku mengejek2 kt belakang. penangan kasih sayang mak aku ni membuatkan tiap minggu je aku cabut balik seremban , kesian roomatee. sampai sem 6 aku jd macam tu.aku keje kat bangi duduk rumah abang aku pun aku rasa rinduu macam 1 tahun tak jumpa mak aku. hebat betul kasih sayang mak aku ni. sekarang adik aku Atirah tu merasa fasa aku belajar di poly dulu. dia dapat dan sibuk nak duduk asrama masa form 4, alin alih 2 hari ke seminggu die sekolah situ, pastu ayah aku kene naik pejabat pelajaran nak tukar sekolah asal balik. sekarang dia belajar U terpaksalah melalui nye. agak- agaknye kami anak perempuan dok ketiak mak ayah kami la. dulu tak rase terok macam ni yelah dulu mase aku kecik n remaja selalu bergaduh dengan mak n tak sebulu dengan mak, tapi semakin aku dewasa mak aku dah tak boleh berenggang dengan aku, biase la anak yang rajin ni.(poyo gila). yela dah masa kecikdulu aku impikan mak yang dijadikan kawan, boleh share pasal boy friend, dan mase aku frust pun aku melalak gila kat mak aku until tiba masa aku dah tak heran dekat laki lagi, bukan la tak heran sangat tapi mengutamakan mak dan ayah lebih dari segalanya. ayah pula mana - mana anak tak ada yang rapat dengan dia , tapi adik aku yang sorang ni memang baran dan senang cakap 100 % genes ayah aku. so ayah aku agak slow sikit dengan dia ni. ayah aku ni hari2 kerja. masa dengan anak - anak kurang la, dan sekarang aku menasihati adik2 supaya dorang cool je sebab ayah kerja nak sara dorang jugak. dan sekarang hujung tahun pun ayah akan sponser hotel dan we whole family belah mak n ayah berkumpul . seronok sangat. ayah sebenarnya boleh bawak bergurau dan berbincang tapi ada masa dia la. time ayah meroyan jangan cari pasal haa.. hahahaha tapi nak pau duit ayah guna mak. sekarang guna aisyah je.hihihihhi. gerenti ayah bagi. ayah kuat kerja sangat, kadang - kadang kesihatan die tak terjaga. tu yang kami dok risau. duit dia banyak tapi dia sayang sangat duit dia tu.actually bukan sayang tapi dia pernah cakap andai dia tiada itu lah peninggalan dia untuk mak. oh sedihnye. aku selalu gak membebel kat ayahjaga kesihatan tu. aku juga berdoa agar kelak diberikan suami yang memahami dan membenarkan aku menjaga kedua ibu bapa ku , dan dengan kedua tangan aku ni menjaga kedua ibu bapa ku tanpa lelah. harap kami adik beradik mampu menjaga mak ayah kami saat mereka tua kelak. YA ALLAH kau perkenankan doa hamba mu ini. AMIN. aku juga rasa bersyukur dapat salam dan cium tangan kedua ibu bapa lagi jika nak dibandingkan anak yatim, aku jauh lebih beruntung. ALHAMDULILAH.

Monday, May 13, 2013

Penjagaan Gigi yang sempurna


GIGI CANTIK SERLAH SENYUMAN MENAWAN
Gigi yang cantik sebenarnya memberi keyakinan kepada orang yang menjaganya dengan cara yang betul. Penjagaan gigi dilihat penting kerana ia merupakan aset yang sangat bernilai. Disebabkan itu, kadang-kadang ada orang sanggup letak gigi besi untuk nampak kelihatan teratur dan kemas.
TERDAPAT BANYAK BAKTERIA BERSARANG DI DALAM MULUT
Bagi yang tidak mengetahui, di dalam mulut ada ratusan juta bakteria malah ada laporan mengatakan dalam setiap miligram plak gigi mengandungi 1,011 bakteria. Tetapi tidak semua bakteria tersebut jaha( membahayakan) kerana sebahagian besarnya memang diperlukan untuk membantu percernaan makanan.
Sebab itulah penjagaan gigi amat penting bukan sahaja untuk kesihatan yang baik tetapi memberi keyakinan diri yang tinggi untuk berkomunikasi dengan orang lain. Penjagaan gusi dan gigi perlu bermula sebaik sahaja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka agar sentiasa sihat dan tetap cantik apabila sudah dewasa kelak.
Ada orang sanggup berbelanja beribu ringgit untuk membaik pulih gigi agar kelihatan cantik.

CARA BERUS GIGI YANG BETUL
Ok disini ada contoh memberus gigi yang betul yang boleh di jadikan rujukan rakan- rakan sekalian :)


P/S : Nak elakkan dari dapat gigi seperti di bawah ni, rajin lah jaga gigi kita ye :)