Tuesday, December 3, 2013

Kasih Ibu & Ayah sampai ke syurga

A.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M

dah lama rasanya tak menaip di blog ini, mungkin banyak yang nak ditulis akan tetapi ayat tak reti nak bina. cukuplah sekadar berkongsi yang aku kini berkerja di putrajaya sebagai pekerja sambilan harian di presint 2, so aku travel dengan mak hari -hari.

semakin aku menginjak dewasa dan kini berumur 23 tahun, aku makin menghargai apa sahaja disekeliling. mula prihatin tanggungjawab ke atas diri sendiri dan ibu bapa. ya, sekarang bila tengok mak ayah rasa hiba, sedih dan tetiba je nak menangis.masih ingat lagi dimana lepas PMR semua kawan2 kita akan berpindah masa form 4, ada yang masuk sekolah teknikal dan kalau result paras hidung macam aku ni boleh la ke sekolah vakisional, masa tu yang penting nak duduk jauh dari mak, nak jauh dari kena kemas rumah (pemalas ni) kena membebel dengan mak yang penting tak nak duduk rumah, tapi awal - awal mak dah warning aku kalau aku dapat, mak takkan bagi aku masuk sekolah sana, ye lah mase tu aku ni anak dara sulung(bukan anak sulung) masa tu umur 16, so adik lagi 3 orang umur dalam 12, 7 & 4 tahun. masa tu hati memberontak sebab darjah 6 pun dah cakap mcm tu, ni form 4 pun tak dapat lagi pergi, tapi hati nekad nak jugak pergi sampai la satu hari abang yang ke dua cakap " ala takpayah la tukar sekolah duduk je la rumah ni, mak tak kasi tu" dan aku pun cakap " ah aku tak kira nak pergi jugak" lalu masuk bilik dan berjuraian air mata, abang aku yang ni pun pujuk sebab die kesian kat mak aku la masa tu. tapi aku berterima kasih jugak dekat ALLAH, kerana mak tak restu aku pun tak dapat masuk ke sekolah vakasional even dah buat rayuan. so aku pun redha. habis form 5 aku pun dalam umur 19 macam tu sambung belajar di PMM, Melaka. Masa tu orientasi 1 minggu so weekend lepas mak n ayah tinggalkan aku tu, aku tak dapat balik, asal solat je menangis nak balik, nak telefon malu kang roomate tu dengar. tapi satu malam tu dapat balik bilik sekejap. telepon mak terus cakap nak balik, melalak bukan main, ade macam budak hilang mak kat pasaraya. abg aku mengejek2 kt belakang. penangan kasih sayang mak aku ni membuatkan tiap minggu je aku cabut balik seremban , kesian roomatee. sampai sem 6 aku jd macam tu.aku keje kat bangi duduk rumah abang aku pun aku rasa rinduu macam 1 tahun tak jumpa mak aku. hebat betul kasih sayang mak aku ni. sekarang adik aku Atirah tu merasa fasa aku belajar di poly dulu. dia dapat dan sibuk nak duduk asrama masa form 4, alin alih 2 hari ke seminggu die sekolah situ, pastu ayah aku kene naik pejabat pelajaran nak tukar sekolah asal balik. sekarang dia belajar U terpaksalah melalui nye. agak- agaknye kami anak perempuan dok ketiak mak ayah kami la. dulu tak rase terok macam ni yelah dulu mase aku kecik n remaja selalu bergaduh dengan mak n tak sebulu dengan mak, tapi semakin aku dewasa mak aku dah tak boleh berenggang dengan aku, biase la anak yang rajin ni.(poyo gila). yela dah masa kecikdulu aku impikan mak yang dijadikan kawan, boleh share pasal boy friend, dan mase aku frust pun aku melalak gila kat mak aku until tiba masa aku dah tak heran dekat laki lagi, bukan la tak heran sangat tapi mengutamakan mak dan ayah lebih dari segalanya. ayah pula mana - mana anak tak ada yang rapat dengan dia , tapi adik aku yang sorang ni memang baran dan senang cakap 100 % genes ayah aku. so ayah aku agak slow sikit dengan dia ni. ayah aku ni hari2 kerja. masa dengan anak - anak kurang la, dan sekarang aku menasihati adik2 supaya dorang cool je sebab ayah kerja nak sara dorang jugak. dan sekarang hujung tahun pun ayah akan sponser hotel dan we whole family belah mak n ayah berkumpul . seronok sangat. ayah sebenarnya boleh bawak bergurau dan berbincang tapi ada masa dia la. time ayah meroyan jangan cari pasal haa.. hahahaha tapi nak pau duit ayah guna mak. sekarang guna aisyah je.hihihihhi. gerenti ayah bagi. ayah kuat kerja sangat, kadang - kadang kesihatan die tak terjaga. tu yang kami dok risau. duit dia banyak tapi dia sayang sangat duit dia tu.actually bukan sayang tapi dia pernah cakap andai dia tiada itu lah peninggalan dia untuk mak. oh sedihnye. aku selalu gak membebel kat ayahjaga kesihatan tu. aku juga berdoa agar kelak diberikan suami yang memahami dan membenarkan aku menjaga kedua ibu bapa ku , dan dengan kedua tangan aku ni menjaga kedua ibu bapa ku tanpa lelah. harap kami adik beradik mampu menjaga mak ayah kami saat mereka tua kelak. YA ALLAH kau perkenankan doa hamba mu ini. AMIN. aku juga rasa bersyukur dapat salam dan cium tangan kedua ibu bapa lagi jika nak dibandingkan anak yatim, aku jauh lebih beruntung. ALHAMDULILAH.

No comments:

Post a Comment

COMMENT says: