Tuesday, December 18, 2012

Tutorial 2 : Kueh Teow Goreng

A.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M



Untuk kali ini, aku akan mengupdate resepi kueh teow goreng, sebenarnya aku ingat nak masak kueh teow ladna tapi adik aku yang sorang tu tak makan plak, terpaksa postpone dulu, hehehe. Ok adik2 aku ni tak makan sayur dan taugeh, so kalau aku yang masak, aku layan jela karenah adik2. Tapi kalau mak, dia masukkan je.padan muke adik2 aku. Lagi satu aku tukar kan kerang kepada ayam kerana adik2 aku xmakan.. aku suka kerang! 


bahan - bahan :
1  paket kueh teow (dibasuh dan ditoskan)
4 sudu cili kisar
5 biji bawang merah (ditumbuk)
2 biji bawang putih   (ditumbuk)
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
5 sudu kicap manis
1 biji telur (dipukul sikit)
1/2 paket berbola (Aku belah 3 untuk 1 biji tu)
1 batang fish kat  (dihiris nipis)
  isi ayam  (dipotong kecil2)
10 ekor udang 
  daun kucai (dipotong 1 @ 2 cm)
1 cili merah (dihiris menyerong) 

1 cili hijau  (dihiris menyerong)





cara-caranya :

1.Masukkan minyak dan tumis cili kisar bersama bahan yang ditumbuk. Setelah naik bau dan garing bawangnya masukkan pula ayam dan udang.


2. Ayam dan udang dah masak, masukkan pula bebola, fishkat, kicap manis, sos tiram dan sos cili. sebatikan bahan - bahan tersebut.

3.Kemudian masukkan telur, biarkan sehingga ia mengeras sekejap dan kemudian kacau laju dan selepas tu masukkan kueh teow dan gaul sebati.

4.Masukkan daun kucai dan selepas siap hidangkan bersama cili merah dan cili hijau di atas kuehteow.


nyum :)



No comments:

Post a Comment

COMMENT says: