Thursday, August 4, 2016

BILA ALLAH MENJANJIKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK

A.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M

sudah lama rasanya  tidak menaip di sini, entri terakhir dulu mengenai hubungan aku dan mr k yang sudah mencapai kehujungan /tidak kesampaian. Tapi itu kisah lama, aku pun dah maafkan dia dan kami berhubung atas dasar kawan even dia masih merasakan perasaan itu lagi. tapi setelah menyedari aku kini menjadi tunangan orang dia mula mengundur diri.

oh ya, setelah kami tiada apa lagi , datang seorang sahabat lama yang aku kenal memperkenalkan kawan sekampungnya kepada aku, tapi  aku yang kena menghubungi / gurat lelaki itu dengan alasan kawan dia tu tak reti nak berkawan dengan perempuan. oh memang mulanya aku berkeras.kawan aku tetap memujuk. tidak bagi aku, oh malu untuk memulakan hubungan dulu. aihhhhh

tapi bila aku fikirkan semula, dari aku duk teringat dekat ex aku, try la sekali. aku try buat sms kat mamat tu.. acah2 aku salah mesej ke org lain, butttt no respon... huwaaa malu gila aku. kawan aku ni duk menyibuk tanya2, sekali aku cakap malas aku layan ikut idea dia buat salah mesej langsung xjalan. so aku cakap aku give up!!!

tapi aku tak faham gan member aku ni, dia gigih juga pujuk aku, cakap lelaki ni baik la, rajin pi surau la semua pasal baik2 la. aku pun mesej sekali lagi straight to the point nak kenal. terus mamat tu call. memang xlah aku nak angkat.hahaha

maka selepas itu kami berkawan dan berjumpa, tiada rasa aku nak ke mamat ni rupanya kawan aku ni manyak menipu, umur salah, perangai pelik je mamat ni. 
tapi mungkin jodoh, kami berkawan, bercinta sehingga bertunang.. dan inshallah bakal mendirikan rumah tangga .

buat masa ini, aku harap dia yang terakhir :) 

kesedihan yang lalu, ALLAH hadiahkan sesuatu. Moga ini yang terakhir :)

No comments:

Post a Comment

COMMENT says: