A.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M
biasa guna perkataan "saya tak pandai masak"?
ya.dulu saya memang slalu guna dengan penambahan rasa malu bile orang tanye"hey awak reti masak?" haha tak reti! sampai naik menyampah bile orang tanye tu.ala kekadang cakap je tahu sebab reti goreng ayam dan buat sambal ayam. haha reti kan?
sebenarnya saya belajar memasak di usia 13 tahun dan masakan yang saya tahu ialah sambal dan kicap ayam. masa tu mak melahirkan adik yang bongsu. so nak taknak kena la belajar kan? anak perempuan pertama katakan.hehehe.. masa tu 44 hari macam 44 tahun.
saya sorang2 masak n kemas rumah. bayangkan balik skola jalan kaki,sampai umah tak dapat campak beg dan tydo atau rehat. saya akan kemas rumah.tau je la ada 4 orang abang.lelaki kan berselerak je la tau.geram tapi sebabkan abang sabor je la :P
seronok bile jiran saya (mak milah) bagi lauk.xpayah la saya masak.hahaha.. tau je la kan balik jalan kaki,kemas rumah dan masak.tapi hari2 masak ayam sambal.. nak dijadikan cerita abis je 44 hari mak saya pantang, saya lepaskan geram.sejak haritu saya tak jejak dapur.mak saya pangil saya buat muke 5 sen je(ade ke?) sampai la tak pandai masak lagi.sambal pun tak sedap macam dulu..
so saya mula mengunakan perkataan tu, hehehe. tapi sekarang dah ok :P , selalu perempuan nak blajar masak bile dah ade BF, Bile dah ade rasa nak kawin, bila kawan kawan semua dah pandai masak atau dipaksa oleh mak masing - masing untuk memasak.
sebenarnya setiap perempuan mesti kena pandai memasak, senang untuk diri sendiri dan lepas kawin..lelaki ni orang cakap perut dia kite kena jaga baik2. saya pun masih belajar lagi dalam ilmu masak memasak ini. saya akan kongsikan dengan anda petua yang saya pelajari untuk kita .
No comments:
Post a Comment
COMMENT says: